Retirement Planning

Hero juga perlu merancang untuk persaraan..bagaimana pula dengan anda?


Masihkah anda ingat tentang hari pertama anda mula bekerja? Pernahkah anda terfikir yang kelak anda akan bersara pada usia 55tahun. Samada anda sedar atau tidak, setiap hari akan berlalu bagaikan sebuah mimpi...hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun...tiba-tiba rakan-rakan sekerja ramai-ramai membuat majlis persaraan anda...memberikan anda kek dan cenderamata...ianya sememangnya sebuah mimpi yang anda sendiri menentukan samada ianya adalah sebuah mimpi ngeri atau sebuah mimpi yang terindah... (^^,)  


Apabila kita bercerita tentang persaraan, satu benda yang pasti terlintas adalah KWSP atau Kumpulan Wang Simpanan Persaraan. Semua pekerja & majikan WAJIB mencarum dalam Skim ini...kalau tak kena naik court... (^^,) memang bagus skim ini namun ramai pekerja menghadapi masalah kewangan selepas persaraan...sebab utamanya adalah gagal untuk merancang & merancang untuk gagal...


Rata-rata pencarum KWSP tidak memiliki dana persaraan yang mencukupi
Perancangan persaraan memerlukan satu pelan jangka panjang melalui satu regime yang ketat. Sama seperti dana KWSP yang mempunyai akta khas yang mewajibkan setiap majikan dan pekerja untuk mencarum. Disiplin yang tinggi diperlukan untuk membuat simpanan untuk satu jangka masa yang panjang. Sekiranya kita merujuk kepada segi tiga kewangan, 10% daripada pendapatan kita perlu di khususkan untuk instrument pelindungan seperti takaful & insurans. 20% lagi di khususkan kepada instrument pelaburan seperti unit amanah & simpanan tetap..manakala 70% lagi dibelanjakan untuk keperluan harian dan bulanan seperti pembelian rumah & hartanah, installment kereta, makan & pakaian..susah kan nak menyimpan mengikut regime kewangan ini semata-mata untuk masa hadapan...cerita tentang masa hadapan, memang susah nak dibayangkan. Namun contoh-contoh sedia ada berdasarkan pengalaman orang lain sentiasa sedia untuk dicerna setiap hari. Tengok sahaja tabloid harian yang sering memaparkan kisah sedih ibubapa dibuang anak gara-gara kekangan kewangan semasa...




Satu persoalan yang perlu anda fikirkan...apakah perancangan anda selepas persaraan? Ajal maut ditangan Allah SWT...Manusia hanya mampu merancang namun sebaik-baik perancangan hanyalah dari Allah SWT...tak salah untuk kita mengumpul dana untuk hidup selesa...susah senang bukan ditentukan oleh berapa banyak duit kita didalam bank...namun satu yang perlu kita ingat adalah "tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima" kita perlu merancang sekurang-kurangnya diwaktu usia emas kelak, kita mempunyai kebebasan untuk melakukan apa yang kita hendak...kebebasan untuk pergi ke menunaikan ibadah haji dan umrah setiap tahun, kebebasan untuk beriktikaf di masjid tanpa perlu risaukan keadaan kewangan yang semakin meruncing...kebebasan untuk menunaikan ibadah tanpa perlu risaukan keadaan anak-anak yang telah cukup keperluan pendidikan di Universiti...mungkin pada masa itu, kita mempunyai dana lebihan hingga boleh mewakafkan harta kejalan Allah SWT seperti mendirikan masjid... (^^,)  p/s: bukan "masjid" yer...ini betul-betul masjid...tapi kalau mendirikan "masjid" lagi pun apa salahnya kan? Ustaz pernah berkata bahawa, orang lelaki nie lain dari perempuan...perempuan ada sindrom menopause diusia emas...namun orang lelaki pula "No Pause"...makin tua makin menjadi...hihi...bukan saya cakap tapi Ustaz yang cakap... =p 


Bagaimana nak merancang untuk menentukan pelan persaraan yang terbaik? Zaman dunia dihujung jari ini, masyarakat semakin terdedah dengan maklumat berkenaan instrument kewangan. Siapa yang tak kenal KWSP, Unit Amanah, ASB, Tabung Haji, pelaburan hartanah dan komoditi seperti emas. Saya sebagai penasihat kewangan yang mewakili Prudential BSN Takaful Berhad ingin memperkenalkan kepada pengunjung-pengunjung blog saya ini berkenaan pelan persaraan komprehensif yang merangkumi aspek perlindungan, perubatan dan pelaburan. 




Seperti yang tuan dan puan sedia maklum, life insurance atau takaful ini termasuk dalam instrument kewangan yang dinamakan "risk management" dengan penambahan element investment seperti produk Investment-link, syarikat insurans dan takaful dapat memberikan nilai tambah kepada polisi client. Daripada sebuah polisi yang hanya memberikan protection semata-mata kepada polisi yang mampu menjana fund persaraan. Elemen seperti Contributor, Spouse Contributor & Takaful Savers Contributor menawarkan perlindungan kepada dana-dana persaraan anda dihari tua kelak. Rider-rider ini menawarkan perlindungan caruman sehingga anda mencecah umur 80tahun. Sesetengah client yang mengidap sakit kritikal diusia seawal 30an apabila mengambil manfaat contributor, Syarikat akan mencarum bagi pihak beliau sehingga beliau berumur 80tahun tanpa menjejaskan sedikit pun manfaat perubatan & simpanan persaraan beliau. Ibarat sakit orang lain tolong tanggung, nak duit call agent datang bawak cek... (^^,) 




Seringkali saya ditanyakan soalan tentang berapa banyak perlu seseorang menyimpan didalam pelan persaraan? jawapan saya, simple...berapa banyak anda mahu? dan berapa lama anda ingin menikmati gaya hidup selesa pada ketika persaraan...ibarat seperti...seorang pegawai syarikat menikmati gaya hidup koporat dan mewah dengan kos sara hidup RM8000 setiap bulan...diwaktu persaraan kelak, beliau perlu mengekalkan kos sara hidup RM8000 untuk berapa tahun selepas ketiadaan income? makin tinggi belanja bulanan semasa persaraan semakin cepat dana persaraan akan kehabisan..perancangan persaraan memerlukan gerak kerja secara backward. kita perlu determine berapa RM yang kita perlukan 30tahun akan datang ditambah dengan faktor inflasi dan berapa lama kita nak pakai...hanya sekadar perancangan untuk memudahkan perkiraan...cara paling senang? anda perlu berjumpa dengan perancang kewangan dan berbincang dengan beliau. Salah satu kalkulator persaraan yang beliau akan gunakan adalah seperti berikut; 




memang terus dapat berapa nombor persaraan anda...sebagai gambaran pelan apakah yang terbaik untuk anda start...lagi cepat lagi bagus...lagi kejam anda menguruskan kewangan anda, lebih cepat dapat results... (^^,) 


Saya boleh dihubungi di Tel : 019.388.6273 atau Email : uwaismokhtar@gmail.com