2012/10/19

Simpanan alternatif untuk Haji & Umrah

Kaabah daripada atas bangunan tertinggi di Dunia.
Simpanan untuk Haji & Umrah adalah salah satu simpanan yang perlu difikirkan oleh setiap ummat islam. Syarat-syarat wajib haji dan umrah itu adalah sama sahaja iaitu:


  1. Islam - tidak wajib atas orang kafir dan murtad.
  2. Baligh - tidak wajib atas kanak-kanak tetapi sah hajinya dan tidak gugur wajibnya bila baligh.
  3. Berakal - tidak wajib atas orang gila dan jika dilakukan juga, tidak sah hajinya.
  4. Merdeka - hamba abdi tidak diwajibkan, tetapi sah hajinya dan diberi pahala.
  5. Berkuasa/Kemampuan - berhubung dengan berkuasa atau berkemampuan, ini ialah berdasarkan kepada firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

Allah SWT berfirman yang maksud-Nya: Dan menjadi kewajipan bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan di antara mereka. (ali-'Imran: 97)

Dalam masalah berkuasa atau berkemampuan untuk mengerjakan haji dan umrah ini adalah terbahagi kepada dua bahagian iaitu:


  • Berkuasa atau berkemampuan dengan sendiri:
    • Berkuasa mengeluarkan belanja tambang dan segala perbelanjaan lain untuk melakukan pekerjaan haji dari mula hingga akhir;
    • Mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya;
    • Ada kenderaan pergi dan balik;
    • Aman dalam perjalanan, yakni tidak ada merbahaya yang mengancam keselamatan diri dan harta. Ini termasuklah juga tidak ada penyakit yang membahayakan tubuh badan,
    • Sihat tubuh badan; dan
    • Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dari Anas R.A. katanya: Rasulullah SAW ditanya: Apakah yang dimaksudkan dengan sabil"? Rasulullah SAW menjawab: "Bekalan dan perjalanan". (Riwayat Daruqutni)


  • Berkuasa dengan bantuan orang lain:
    • Orang yang mempunyai cukup syarat wajib haji, tetapi tidak dapat mengerjakan hajinya sendiri kerana keuzuran dan sakit yang tidak ada harapan akan sembuh, atau telah terlalu tua umurnya serta telah putus asa tidak dapat pergi sendiri menunaikan hajinya.
    • Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hidupnya, tetapi tidak mengerjakan haji, maka terhutanglah fardu haji atasnya sehingga warisnya atau orang yang menerima wasiatnya menunaikan hutang hajinya itu dengan upah atau secara sukarela.


Saya sebagai perancang kewangan, saya suka untuk komen dari segi kesungguhan & tahap serious seseorang itu untuk mengerjakan Haji & Umrah...seringkali alasan yang diberikan adalah kita tidak cukup duit untuk belanja harian dan keluarga...namun pernahkah kita muhasabah keadaan semasa kesihatan poket kita? 


Bayangkan setiap hari sesetengah daripada kita lebih melebihkan bajet untuk merokok daripada simpanan ke Haji & Umrah...bayangkan kalau kita dapat mengurangkan jumlah potong rokok yang dihisap setiap hari tanpa gagal dan penjimatan itu disalurkan kepada tabung haji dan umrah anda... (^^,) - saya bukan perokok, jadi saya tak tahu berapa bajet sebenar seorang perokok untuk sehari...

Berapa keping wang kertas yang anda bakar dalam sehari?
Perancangan kewangan bukanlah satu regim yang memaksa anda untuk tidak boleh buat sesuatu yang anda suka dan memaksa anda untuk meninggalkan apa yang anda suka...cuma ianya lebih kepada memberikan anda pilihan untuk bertindak mengikut keutamaan. Mana yang lebih penting diantara simpanan Haji & Umrah dengan keutamaan merokok dan bersuka ria? 


Pagi tadi saya terjumpa satu artikel akhbar yang sangat menarik untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan. Biar sedikit menyimpan setiap bulan daripada tiada langsung...dan yang paling penting adalah kita istiqamah menyimpan setiap bulan seperti pakcik ini...pakcik ini mula menyimpan sebanyak RM0.30 sebulan @ 3 kupang dalam bahasa Kedah secara konsisten bermula pada tahun 1950...jumlah simpanan setiap bulan meningkat berkadar langsung dengan pertambahan gaji beliau sehinggalah beliau dapat menunaikan Haji pada 2011... (^^,)  


Dan saya juga telah terjumpa satu lagi gambar yang sangat menginsafkan...berkenaan seorang lelaki yang berjalan kaki untuk mengerjakan Haji daripada Bosnia merentas 6 negara pada jarak 3600batu...Senad Hadzic 47tahun, telah memulakan perjalanan daripada bulan Disember 2011 dan bercita-cita untuk mengerjakan haji pada tahun 2012...beliau telah memulakan satu perjalanan yang amat berat bagi seorang yang berumur 47tahun untuk meredah 20 ke 30batu setiap hari...tekad beliau untuk berjalan kaki daripada Bosnia ke Mekah sepatutnya menyedarkan kita bahawa selagi mana kita berkemampuan, kita perlu menjejakkan kaki ke sana hatta dalam keadaan merangkak sekalipun...



Saya terbayangkan perjalanan yang sangat susah dan menempuh berbagai-bagai halangan...pada usia lewat 20an seperti saya pun untuk marathon pada jarak 10KM pun dah berpeluh sakan...bagaimana dengan beliau? hehe... (^^,) 

Apa kaitan perancangan simpanan Haji & Umrah dengan saya? hehe...




Dengan hanya bermula serendah RM2 sehari, saya dapat membantu anda untuk mula menyimpan untuk simpanan haji anda...dan simpanan ini dapat membantu anda menyimpan secara konsisten tanpa gagal... (^^,) 

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh merujuk di sini 





No comments: