2012/05/04

UNLIMITED company medical card...

"So sorry, now i dont need insurance...my company provide unlimited medical card..." seringkali saya diberikan ayat yang tak berapa nak mesra seperti ini semasa cold calling...sehari 30 panggilan pada prospek-prospek yang tidak dikenali...dan kalau dari 30 call, sekurang-kurangnya 10orang akan menjawab mereka telah mempunyai coverage company...ungkapan "insurance is a rejection business" memang dah mengajar saya yang tak semua orang akan menerima insurance & takaful sebagai satu instrumen kewangan yang membantu ramai orang... (^^,) 

Kenapa sesetengah syarikat besar mampu menyediakan insurans medikal bagi pekerja mereka? semakin besar sesuatu syarikat, semakin besar keuntungan dab semakin banyak mereka perlu membayar cukai pendapatan...dalam perniagaan, Syarikat akan membelanjakan dahulu tolak capital expenditure, operation expenditure dan segala bentuk perbelanjaan berkaitan pengiklanan, derma koporat, biasiswa dan penajaan terlebih dahulu...dah habis semua perbelanjaan, barulah akan dikira untuk cukai perniagaan... (^^,) ini yang saya praktik...saya operate small business...seorang bos yang juga seorang kerani, seorang driver dan juga seorang opis boy... 

Perbelanjaan bagi insurans medikal pekerja adalah termasuk dalam operation expenditure...perlu diperbaharui setiap tahun...saya pernah masuk RFQ briefing untuk sebuah syarikat SME yang terkemuka di Cyberjaya pada awal tahun 2011...requirement mereka simple...coverage yang competitive, attractive pada kos seminima mungkin...quotation perlu disediakan untuk 20orang staff dan 50orang ahli keluarga mereka...dan saya quotekan plan takafulink...dan akhirnya tiada feedback diberikan...means...saya kalah...Produk kami for sure tak kan menang dari segi kos disebabkan oleh faktor Investment-Link...saya akan ulas lebih lanjut dalam entry yang lain kelebihan polisi investment-link Prudential BSN Takaful Berhad (^^,)

Kesimpulan yang saya dapat berikan bagi kes insurans medikal company dapat dilihat pada gambar-gambar dibawah:

Faktor paling murah dan menjimatkan mempengaruhi pemilihan coverage insurans.

Syarikat pasti menyediakan coverage insurans yang lebih selesa pada staff yang lebih "bernilai" 

Sesetengah syarikat ada menyediakan coverage untuk family, namun limit perlu dikongsi bersama...siapa yang lebih memerlukan coverage insurans medikal? Si Ayah, Si Ibu atau Si Anak? 

Dan bagaimana pula coverage medikal bagi pekerja yang selalu lompat-lompat syarikat? 

Tahukah anda FAKTA yang mengatakan coverage insurans hanya untuk orang yang masih sihat? masalah paling utama dalam insurans pukal atau company insurans adalah syarikat perlu memperbaharui insurans berkenaan setiap tahun...dan setiap tahun polisi berkenaan pasti naik harga disebabkan oleh medical inflation & nak cover balik kerugian akibat pembayaran claims..ini adalah kenyataan yang perlu kita faham...Syarikat Insurans & Takaful adalah satu organisasi yang berasaskan keuntungan...kalau rugi mcmne nak sustains? sesuatu perlu dilakukan apabila berlaku kerugian akibat pembayaran claims...ungkapan bila kita ambil insurans, syarikat akan mendoakan kita akan sihat...kita pula ambil insurans sebab bila kita sakit, syarikat akan bayar claims... (^^,)

Cheap things not good...Good things not cheap...yela...apa yang anda harapkan dengan insurans company anda? dengan rata-rata limit RM30,000 setahun...ramai dah terperangkap dengan ungkapan "saya dah ada insurans company..." dan akhirnya menyesal...terpaksa bergolok gadai semata-mata coverage insurance yang tidak mencukupi...masuk ke Hospital Swasta dengan bangganya sebab ada insurans company namun bila keluar terpaksa berhutang sebab kos rawatan yang terlampau mahal...

Pekerja swasta yang tidak pernah ambil tahu tentang insurans kompeni nya

Satu hakikat yang perlu kita akui adalah  setiap yang muda pasti akan merasakan hari tuanya...pada pendapat anda, adakah Syarikat yang berasaskan keuntungan akan menggaji kita lagi pada umur 58tahun untuk kerja-kerja orang muda? bagaimana pula dengan EPF contribution? dan juga coverage medikal kad syarikat? agaknya berapa setahun...hihi biasanya kita kalau kita tak dilantik sebagai director syarikat secara kontrak pada ketika itu, pasti kita akan dibersarakan...bersara wajib... (^^,) 


Selama bekerja, kita dilindungi oleh insurans syarikat...masuk hospital first class...coverage kononnya unlimited selagi bekerja dan boleh duduk bilik Suite...namun segalanya adalah Employee Benefits Scheme...selagi bekerja...bila dah bersara...rasanya adakah kita pasti memerlukan benefit insurans kesihatan? pada ketika itu adakah kita masih sihat? zaman sekarang nie even umur 40tahun pun dah ada macam-macam penyakit kritikal...dan soal yang paling penting...kalau masa tu kita baru nak cari insurans kesihatan...rasanya berapa yang kita sanggup bayar sebulan? Saya pernah tengok borang permohonan yang direject oleh Prudential BSN Takaful Berhad, RM2000 sebulan...semata-mata kerana prospect mempunyai komplikasi jantung, buah pinggang rosak dan memerlukan rawatan dialisis seumur hidup...kalau dia mampu membayar RM2000 sebulan pun  Prudential BSN Takaful Berhad  boleh reject, bagaimana pula dengan permohonan kita yang tak berapa nak ada duit nie? Pendek kata...segalanya masih belum terlambat...anda masih boleh membuat pilihan...susah sekarang untuk membuat budgeting dan membuat adjustment dalam perbelanjaan harian untuk mengambil plan takaful persendirian atau tunggu sehingga dah bersara baru nak adjust kewangan anda pada ketika itu...pilihan tetap ditangan anda untuk bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang di kemudian hari... (^^,)


p/s: Pada pendapat anda sendiri, adakah masih wujud kenyataan UNLIMITED company medical card? ataupun ianya hanyalah satu ayat ajinamoto yang hanya menambah perasa...hihi 


Kad Perubatan PruBSN mempunyai pilihan had umur sehingga 100tahun...YOU CHOOSE YOUR OWN RIDE...ITS NEVER TOO LATE... (^^,)







No comments: