2012/11/21

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung sekalian....

Selamat datang kepada anda semua. Laman ini direka khas untuk sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat mengenai pelan-pelan takaful dari Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN).




Anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan seperti:


Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang maklumat tentang Prudential BSN Takaful Berhad, boleh hubungi saya di talian 019.388.6273 atau email: uwaismokhtar@gmail.com

2012/10/27

Nilai kasih sayang dalam kehidupan...

Gambar Hiasan: Kasih sayang kekal hingga ke Syurga...

Saya secara peribadinya agak tersentuh apabila melihat gambar seperti diatas...kerana gambar ini mengingatkan kepada ibu dan bapa saya dirumah...melihat orang tua berkasih sayang dan bercinta menyedarkan kita tentang erti sebuah kasih sayang...saya tidak berkesempatan untuk mengambil gambar kedua ibubapa saya dalam pose begini kerana ayah saya sedang lumpuh di rumah...akibat komplikasi semasa dialisis... (saya akan siapkan satu artikel lain berkenaan ayah saya dalam artikel akan datang) pendek kata memang nampak bahagia sangat-sangat apabila orang tua bercinta... (^^,) cinta yang berkekalan hingga ke syurga... 


Gambar Hiasan: Erti Ungkapan Aku Terima Nikahnya...

Apabila kita berkahwin dengan orang yang menjadi pilihan keluarga atau orang yang menjadi pilihan hati sendiri, kita pasti ingin selamanya hidup bersamanya...berusaha untuk menjadi yang terbaik untuknya...untuk anak-anak yang bakal dibesarkan dan juga untuk kedua-dua belah ibubapa...kita pasti akan berusaha untuk menjadi terbaik dimata pasangan kita...dan merasakan segala impian kita pasti akan tercapai...namun pernahkah kita terfikir tentang kisah cinta orang lain yang ditunjukkan oleh Allah SWT...kisah cinta luarbiasa yang jarang sekali kita dapat lihat mahupun mempercayainya dengan mata sendiri...

Saya berpeluang untuk menyaksikan satu kisah cinta agung yang membuatkan pandangan saya tentang cinta berubah sama sekali...satu kisah pengorbanan seorang suami yang meninggalkan segalanya demi untuk menjaga isterinya yang terlantar lumpuh dan mengalami kerosakan kekal otak...

Kisah Cinta En Abil Fikri & Pn Fauziah


Kisah Cinta Luarbiasa En Abil Fikri & Puan Fauziah...

Kita seringkali dimomokkan dengan kisah kecurangan suami semasa si isteri sibuk melayan anak-anak dirumah, kisah artis bercerai setelah berkahwin tak sampai setahun...kisah orang kaya kawen buat video perkahwinan ala-ala kisah di kayangan dengan kos puluhan ribu...segalanya adalah sekadar satu cerita andai di bandingkan dengan kisah diatas ini...saya  tidak mampu untuk menahan air mata dari mengalir apabila melihat secara langsung bagaimana En Abil Fikri memberikan isterinya susu melalui tiub yang dipasangkan secara langsung ke dalam hidung...dan ianya perlu diberikan setiap 3 jam tanpa gagal untuk mengelakkan tekak isterinya kering dan melarat kepada kompilasi lain pula...setiap 3jam perlu diberikan tanpa gagal...bagaimana En Abil Fikri tidur dan berehat? diantara waktu 3 jam itu...samada siang atau malam...jadi untuk memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan pelindung kepada isterinya, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjaga isteri beliau yang cacat sepenuh masa...


Menurut En Abil Fikri, segalanya terjadi selepas Puan Fauziah mula tidak mengambil ubat yang mampu mengawal penyakit asma dari menyerang...semata-mata kerana kesan ubat asma itu dapat membuatkan dirinya berisi...natijahnya berlaku satu serangan yang mengubah kehidupan mereka sekeluarga...serangan asma yang tidak terkawal telah membuatkan bekalan oksigen ke otak Pn Fauziah tidak sampai dan menyebabkan otaknya mati...walaupun doktor berjaya mendapatkan semula denyutan jantung, namun Pn Fauziah sebenarnya telah "meninggal dunia"...hidup dengan kasih sayang dan belaian mesra En Abil semata-mata...tanpa deria sentuhan...tanpa pendengaran dan tanpa penglihatan...segala hubungannya dengan persekitaran telah terputus...keadaan "living death" Pn Fauziah menyebabkan En Abil Fikri menjaganya dengan penuh tanggungjawab...tanpa ditinggalkan walaupun hanya sekejap...

Keadaan Pn Fauziah yang terlantar membuatkan En Abil Fikri perlu menjaga dengan 200% "extra care". En Abil Fikri akan pastikan sebelum tidur, tiada benda yang dapat mencederakan Pn Fauziah...kerana satu luka pasti akan meningkatkan kos perubatan isteri tercinta...kalau Pn Fauziah tidak tercedera dan dalam keadaan biasa, kos sebulan mencecah RM2500 sebulan untuk perubatan dan bil elektrik untuk penghawa dingin 24jam...tapi kalau Pn Fauziah tercedera hatta luka kecil sekalipun, perbelanjaan untuk ubat ubatan akan meningkat sehingga RM4500 sebulan...kulit orang sakit koma sangat-sangat sensitif...namun kalau nak dibandingkan dengan kulit orang yang mampu menguruskan diri sendiri, saya secara peribadinya sangat terkejut dengan cara En Abil Fikri menjaga kulit isterinya...PERFECT...tiada kesan lebam dan luka sekalipun...umum sedia maklum orang yang terbaring lama diatas katil pasti kulit belakangnya akan lebam dan membusuk kalau tidak dijaga dengan rapi...namun kulit Pn Fauziah...seperti tidak ada satu luka sekalipun...En Abil menjaganya TERLALU PERFECT...tanda cinta dan kasih sayangnya tidak terjejas walau sedikitpun.... (T___T)

Beliau berkongsi tentang ramai wanita diluar sana yang mengajaknya untuk berkahwin...namun tidak dilayan oleh En Abil Fikri...ini saya sangat-sangat kagum dengan beliau...orang lelaki kalau isteri masih muda masih cantik pun ada yang mula pasang angan-angan untuk mencari madu tualang...mula mencari "sparring partner" untuk isterinya...dan ada kes seorang "Ustaz" memiliki 11 orang isteri...adeyh...kalau 4 orang tu boleh tahan lagi...kalau 11 macam mana nak kira? hmmm...saya memandang tinggi dengan En Abil Fikri yang istiqamah menulis blog menceritakan kisah beliau untuk tatapan Pn Fauziah andai satu masa nanti, Pn Fauziah kembali seperti sediakala...peluang isterinya untuk pulih memang nampak sesuatu yang agak mustahil dalam perubatan moden...namun En Abil Fikri terus setia menunggu...terus menunggu...dan selamanya menunggu... (T___T) 


Lawatan Al Isra' Associates (Klang) ke Teratak En Abil & Pn Fauziah...

Apabila Pasangan Sakit...

Apabila pasangan sakit...umum sedia maklum, kejujuran dan kesetiaan pasti akan diuji dengan hebatnya...seorang suami pernah menjadikan alasan untuk berkahwin lain semata-mata ingin anak perempuan walaupun sebelum ini isteri pertama telah melahirkan 3orang anak lelaki...logik? serious tak logik...tapi ianya berlaku...seorang suami juga pernah menjadikan alasan isteri pertamanya mandul untuk berkahwin lain...padahal dirinya sendiri tidak pernah menjalani ujian kesuburan...logik? sangat-sangat logik...selagi ada peluang...

Hidup tak selalunya indah...kita hidup didalam dunia yang serba bersebab...setiap kejadian yang berlaku didalam hidup adalah satu ujian daripada Allah SWT bagi orang yang mengaku beriman kepadaNya...adalah sesuatu yang ganjil apabila kita mengaku beriman namun tidak pernah diuji oleh Allah SWT...Kekayaan, kesenangan, kemelaratan, kemiskinan, kesusahan, kebaikan dan segala yang berlaku keatas kita itu adalah satu ujian untuk menguji tahap keimanan kita...namun apabila ujian terlalu berat seperti ini...dimanakah peranan cinta dan kasih sayang yang terpatri sejak sekian lama? 


Apa perasaan anda apabila membaca berita sebegini....


Dimanakah janji sehidup semati sebelum berkahwin? 


Nilai kasih sayang yang hilang dalam institusi kekeluargaan...

Adalah satu keganjilan apabila keluarnya berita tentang kes pengabaian kasih sayang diantara isteri dan suami, kes penderaan suami sakit oleh isteri dan anak-anak, kes salahguna wang pencen isteri yang terlantar koma oleh suami...apakah erti semua ini? dimanakah nilai kasih sayang dalam diri seorang insan...walaupun mereka yang telah sakit tidak lagi seperti dahulu...kita sebagai insan perlu ingat bahawa mereka adalah insan yang sama-sama bersumpah setia untuk hidup semati dengan kita satu ketika dahulu...mereka sedang menerima ujian dari Allah SWT...dan kita sebagai orang yang paling dekat dengan mereka juga dikenakan ujian yang lebih berat oleh Allah SWT...ujian yang menguji kesetiaan dan istiqamah kita terhadap tanggungjawab yang perlu dilaksanakan...ianya adalah ujian yang paling berat apabila melihat insan yang kita sayang menderita dalam senyuman...melihat insan yang kita janji untuk sehidup semati menderita diatas katil menghabiskan sisa hidup dengan melihat senyuman yang terukir diwajah orang yang mereka cintai... 


Pengalaman saya dengan ayah saya sendiri membolehkan saya melihat sendiri bagaimana penderitaan orang sakit...bagaimana proses nak menjaga orang sakit...ketabahan seorang ibu dan juga seorang isteri menjaga orang sakit...cabaran-cabaran yang muncul secara tiba-tiba...ianya adalah satu proses mematangkan seseorang...ada orang yang dalam hidupnya hanya ada kesenangan dan tidak pernah merasa tentang kesusahan...apabila berdepan dengan insan yang menderita, dia masih boleh mempertikaikan adakah ianya adalah sebuah kisah dongeng dan mempersoalkan adakah ianya adalah satu konspirasi? ianya adalah satu ujian yang berat bagi seseorang yang tidak pernah rasa susah...orang yang tidak pernah merasa susah dalam hidupnya akan merasakan segala yang berlaku disekelilingnya adalah satu kisah Fairy Tales yang cuma hidup didalam rancangan kartun Walt Disney...Cinderella, Snow White & The Huntsman...realitinya, beribu-ribu orang diluar lingkungan rakan-rakan kita ditempuhi ujian yang berbagai-bagai setiap hari...



Senyuman orang yang tersayang membantu seseorang menempuh sebarang ujian...

Rakan yang setia adalah rakan yang sentiasa bersama-sama dikala kita dalam senang atau susah...memang tidak dapat dinafikan seorang rakan yang setia tidak akan mampu menggantikan sokongan dari ahli keluarga terdekat...namun sekurang-kurangnya ia dapat meringankan bebanan orang yang dalam kesakitan...melihat betapa ramainya rakan-rakan taulan yang datang memberikan sokongan akan membantu proses penyembuhan...melawat orang sakit adalah salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW...kan? kenapa dianjurkan begitu? dengan melawat orang sakit, kita dapat memindahkan rasa cinta dan kasih sayang kita itu dalam jiwa orang yang sedang sakit...sekurang-kurangnya mereka tahu mereka perlu sembuh dengan cepat untuk tidak kecewakan orang disekelilingnya... (^^,) 


Susah senang kita bersama...tapi berapa ramai yang akan tinggal semasa kita susah?

Kasih sayang dalam kehidupan...ianya adalah sesuatu yang sangat susah untuk dicari...ianya adalah anugerah Allah SWT kepada insan yang terpilih...Isteri yang solehah, anak-anak yang mendoakan kesejahteraan ibubapanya, harta yang berkat, rakan-rakan yang sejati adalah bentuk kasih sayang yang tidak ternilai dalam kehidupan ini...ianya adalah sesuatu yang tidak akan dapat melainkan kita sendiri memperbaiki diri sendiri dan menjadi orang yang seperti kita hendakkan itu...mulalah memperbaiki diri sendiri dan jadi yang terbaik kepada orang lain...barulah segalanya yang indah akan mula datang dalam hidup kita... (^^,) 


Rakan sejati adalah anugerah Allah SWT yang tidak ternilai...

Pengalaman perniagaan selama 3 tahun ini mula mematangkan diri sendiri untuk memperbaiki diri sendiri...dulu segalanya berkenaan duit semata-mata...namun bergaul dengan bermacam-macam jenis orang, saya mula memahami kasih sayang semasa insan...nikmat apabila melihat senyuman di wajah seseorang yang tidak dikenali hasil sesuatu yang telah kita lakukan...ianya adalah satu kenikmatan yang tidak dapat dipelajari di Universiti atau dimana-mana...bagaimana pula mengukir senyuman di wajah orang yang kita sayang? pada ibubapa? pada rakan-rakan? pada sanak saudara? pada jiran? pada masyarakat? pada diri orang yang kita tidak kenali? ianya adalah nilai kasih sayang yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata...semoga Allah SWT memberkati kita diatas setiap kebaikkan yang kita lakukan...InsyaAllah... 

2012/10/21

Kenapa anda perlu memiliki polisi takaful komprehensif?

Produk takaful memang banyak dipasaran tapi apa perbezaannya? 

Saya pernah approached seorang wanita pertengahan umur yang memberitahu beliau memiliki 4 polisi insurans dari 4 syarikat yang berbeza. Terkedu juga selalunya jarang jumpa orang kita ada polisi insurans...Saya menawarkan kepada beliau untuk menyemak kembali polisi insurans beliau..selepas seminggu, saya berjumpa kembali dan mendapati beliau memiliki 2 polisi "Personal Accident" yang bernilai RM100,000 setiap satu yang dibeli melalui tele-marketeer & satu polisi Enhance Hospital Income daripada Prudential Assurance Malaysia Berhad dan satu lagi polisi Critical Illness...total bayaran bulanan beliau adalah RM250 untuk 4 polisi yang berbeza...saya memulakan sessi appointment saya dengan mengucapkan tahniah kepada wanita berkenaan kerana beliau memiliki hobi mengumpul polisi insurans... (^^,) 

Satu ayat yang beliau tersentak adalah apabila saya mengatakan diantara polisi-polisi ini tiada satu pun yang akan membayar kos perubatan beliau untuk kemasukan ke Hospital Swasta..."Berkerut dahi beliau apabila mengetahui hakikat bahawa polisi beliau tidak seperti yang dijangkakan..." Satu soalan yang buat beliau terkedu adalah..."Apa sebenarnya yang Puan harapkan apabila mengambil polisi insurans ini...adakah polisi yang puan ada sekarang melangkaui apa yang puan harapkan?" Saya memberikan beliau satu analogi dalam bentuk gambar untuk memudahkan apa yang beliau memahami polisi beliau sekarang...


Polisi insurans & takaful dimiliki mengikut keperluan lain orang lain coverage nya.

Sesetengah polisi insurans diberikan secara sementara dan bersifat pakai buang. Biasanya polisi jenis ini mempunyai coverage yang rendah. Cheap thing always NOT good. 



Ada sesetengah polisi yang memberikan coverage yang komprehensif untuk memenuhi matlamat yang spesifik. Kos nya memang tinggi tapi ianya adalah polisi yang TERBAIK untuk memenuhi matlamat yang telah kita tetapkan. InsyaAllah. Good thing always NOT cheap.


Polisi insurans dan takaful yang TERBAIK adalah polisi yang komprehensif yang sentiasa bersedia  untuk menghadapi segala kemungkinan. Polisi yang INFORCE dan sentiasa UP TO DATE caruman bulanannya adalah yang TERBAIK.

Polisi biasa boleh memberikan coverage untuk perlindungan biasa seperti personal accident & bil rawatan di klinik biasa. Namun bagaimana pula rawatan untuk sakit kritikal? Kos rawatan hospital  swasta yang mencecah puluhan ribu? 

Bagaimana pula ujian berganda? Sudah jatuh ditimpa tangga? sakit kritikal dan pada masa yang sama dibuang kerja akibat terlalu lama bercuti untuk mengadapkan rawatan?

Kawan sejati adalah kawan yang sentiasa bersama dikala susah atau senang. Namun banyak kes yang terjadi dimana rakan hanya semasa senang. Kami di Prudential BSN Takaful Berhad sentiasa akan bersama anda di setiap ketika.

Setiap orang mempunyai masalah tersendiri dan cara berbeza untuk menghadapinya. Namun yang paling penting adalah bagaimana cara anda bangun kembali menetapkan hati semata-mata kerana Allah SWT. (^^,) 

Adalah penting bagi seseorang untuk mendapatkan satu polisi yang komprehensif dan merangkumi 3 aspek dalam perlindungan iaitu


  • Living Death - melindungi pendapatan bulanan + perbelanjaan perubatan
  • Dying Too Soon - melindungi pendapatan tahunan sekurangnya 5tahun 
  • Living Too Long - perbelanjaan perubatan + simpanan hari tua

Sekiranya perlindungan insurans dan takaful anda mempunyai ciri-ciri seperti diatas, maka anda tidak perlukan lagi khidmat perunding kewangan seperti saya. Andai sekiranya anda masih tidak tahu apa jenis perlindungan yang anda ada dan apa yang patut anda ambil maka, anda boleh hubungi saya. 


Saya dapat dihubungi di talian 019.388.6273 atau melalui Email : uwaismokhtar@gmail.com


2012/10/19

Simpanan alternatif untuk Haji & Umrah

Kaabah daripada atas bangunan tertinggi di Dunia.
Simpanan untuk Haji & Umrah adalah salah satu simpanan yang perlu difikirkan oleh setiap ummat islam. Syarat-syarat wajib haji dan umrah itu adalah sama sahaja iaitu:


  1. Islam - tidak wajib atas orang kafir dan murtad.
  2. Baligh - tidak wajib atas kanak-kanak tetapi sah hajinya dan tidak gugur wajibnya bila baligh.
  3. Berakal - tidak wajib atas orang gila dan jika dilakukan juga, tidak sah hajinya.
  4. Merdeka - hamba abdi tidak diwajibkan, tetapi sah hajinya dan diberi pahala.
  5. Berkuasa/Kemampuan - berhubung dengan berkuasa atau berkemampuan, ini ialah berdasarkan kepada firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

Allah SWT berfirman yang maksud-Nya: Dan menjadi kewajipan bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan di antara mereka. (ali-'Imran: 97)

Dalam masalah berkuasa atau berkemampuan untuk mengerjakan haji dan umrah ini adalah terbahagi kepada dua bahagian iaitu:


  • Berkuasa atau berkemampuan dengan sendiri:
    • Berkuasa mengeluarkan belanja tambang dan segala perbelanjaan lain untuk melakukan pekerjaan haji dari mula hingga akhir;
    • Mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya;
    • Ada kenderaan pergi dan balik;
    • Aman dalam perjalanan, yakni tidak ada merbahaya yang mengancam keselamatan diri dan harta. Ini termasuklah juga tidak ada penyakit yang membahayakan tubuh badan,
    • Sihat tubuh badan; dan
    • Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dari Anas R.A. katanya: Rasulullah SAW ditanya: Apakah yang dimaksudkan dengan sabil"? Rasulullah SAW menjawab: "Bekalan dan perjalanan". (Riwayat Daruqutni)


  • Berkuasa dengan bantuan orang lain:
    • Orang yang mempunyai cukup syarat wajib haji, tetapi tidak dapat mengerjakan hajinya sendiri kerana keuzuran dan sakit yang tidak ada harapan akan sembuh, atau telah terlalu tua umurnya serta telah putus asa tidak dapat pergi sendiri menunaikan hajinya.
    • Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hidupnya, tetapi tidak mengerjakan haji, maka terhutanglah fardu haji atasnya sehingga warisnya atau orang yang menerima wasiatnya menunaikan hutang hajinya itu dengan upah atau secara sukarela.


Saya sebagai perancang kewangan, saya suka untuk komen dari segi kesungguhan & tahap serious seseorang itu untuk mengerjakan Haji & Umrah...seringkali alasan yang diberikan adalah kita tidak cukup duit untuk belanja harian dan keluarga...namun pernahkah kita muhasabah keadaan semasa kesihatan poket kita? 


Bayangkan setiap hari sesetengah daripada kita lebih melebihkan bajet untuk merokok daripada simpanan ke Haji & Umrah...bayangkan kalau kita dapat mengurangkan jumlah potong rokok yang dihisap setiap hari tanpa gagal dan penjimatan itu disalurkan kepada tabung haji dan umrah anda... (^^,) - saya bukan perokok, jadi saya tak tahu berapa bajet sebenar seorang perokok untuk sehari...

Berapa keping wang kertas yang anda bakar dalam sehari?
Perancangan kewangan bukanlah satu regim yang memaksa anda untuk tidak boleh buat sesuatu yang anda suka dan memaksa anda untuk meninggalkan apa yang anda suka...cuma ianya lebih kepada memberikan anda pilihan untuk bertindak mengikut keutamaan. Mana yang lebih penting diantara simpanan Haji & Umrah dengan keutamaan merokok dan bersuka ria? 


Pagi tadi saya terjumpa satu artikel akhbar yang sangat menarik untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan. Biar sedikit menyimpan setiap bulan daripada tiada langsung...dan yang paling penting adalah kita istiqamah menyimpan setiap bulan seperti pakcik ini...pakcik ini mula menyimpan sebanyak RM0.30 sebulan @ 3 kupang dalam bahasa Kedah secara konsisten bermula pada tahun 1950...jumlah simpanan setiap bulan meningkat berkadar langsung dengan pertambahan gaji beliau sehinggalah beliau dapat menunaikan Haji pada 2011... (^^,)  


Dan saya juga telah terjumpa satu lagi gambar yang sangat menginsafkan...berkenaan seorang lelaki yang berjalan kaki untuk mengerjakan Haji daripada Bosnia merentas 6 negara pada jarak 3600batu...Senad Hadzic 47tahun, telah memulakan perjalanan daripada bulan Disember 2011 dan bercita-cita untuk mengerjakan haji pada tahun 2012...beliau telah memulakan satu perjalanan yang amat berat bagi seorang yang berumur 47tahun untuk meredah 20 ke 30batu setiap hari...tekad beliau untuk berjalan kaki daripada Bosnia ke Mekah sepatutnya menyedarkan kita bahawa selagi mana kita berkemampuan, kita perlu menjejakkan kaki ke sana hatta dalam keadaan merangkak sekalipun...



Saya terbayangkan perjalanan yang sangat susah dan menempuh berbagai-bagai halangan...pada usia lewat 20an seperti saya pun untuk marathon pada jarak 10KM pun dah berpeluh sakan...bagaimana dengan beliau? hehe... (^^,) 

Apa kaitan perancangan simpanan Haji & Umrah dengan saya? hehe...




Dengan hanya bermula serendah RM2 sehari, saya dapat membantu anda untuk mula menyimpan untuk simpanan haji anda...dan simpanan ini dapat membantu anda menyimpan secara konsisten tanpa gagal... (^^,) 

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh merujuk di sini 





2012/05/04

UNLIMITED company medical card...

"So sorry, now i dont need insurance...my company provide unlimited medical card..." seringkali saya diberikan ayat yang tak berapa nak mesra seperti ini semasa cold calling...sehari 30 panggilan pada prospek-prospek yang tidak dikenali...dan kalau dari 30 call, sekurang-kurangnya 10orang akan menjawab mereka telah mempunyai coverage company...ungkapan "insurance is a rejection business" memang dah mengajar saya yang tak semua orang akan menerima insurance & takaful sebagai satu instrumen kewangan yang membantu ramai orang... (^^,) 

Kenapa sesetengah syarikat besar mampu menyediakan insurans medikal bagi pekerja mereka? semakin besar sesuatu syarikat, semakin besar keuntungan dab semakin banyak mereka perlu membayar cukai pendapatan...dalam perniagaan, Syarikat akan membelanjakan dahulu tolak capital expenditure, operation expenditure dan segala bentuk perbelanjaan berkaitan pengiklanan, derma koporat, biasiswa dan penajaan terlebih dahulu...dah habis semua perbelanjaan, barulah akan dikira untuk cukai perniagaan... (^^,) ini yang saya praktik...saya operate small business...seorang bos yang juga seorang kerani, seorang driver dan juga seorang opis boy... 

Perbelanjaan bagi insurans medikal pekerja adalah termasuk dalam operation expenditure...perlu diperbaharui setiap tahun...saya pernah masuk RFQ briefing untuk sebuah syarikat SME yang terkemuka di Cyberjaya pada awal tahun 2011...requirement mereka simple...coverage yang competitive, attractive pada kos seminima mungkin...quotation perlu disediakan untuk 20orang staff dan 50orang ahli keluarga mereka...dan saya quotekan plan takafulink...dan akhirnya tiada feedback diberikan...means...saya kalah...Produk kami for sure tak kan menang dari segi kos disebabkan oleh faktor Investment-Link...saya akan ulas lebih lanjut dalam entry yang lain kelebihan polisi investment-link Prudential BSN Takaful Berhad (^^,)

Kesimpulan yang saya dapat berikan bagi kes insurans medikal company dapat dilihat pada gambar-gambar dibawah:

Faktor paling murah dan menjimatkan mempengaruhi pemilihan coverage insurans.

Syarikat pasti menyediakan coverage insurans yang lebih selesa pada staff yang lebih "bernilai" 

Sesetengah syarikat ada menyediakan coverage untuk family, namun limit perlu dikongsi bersama...siapa yang lebih memerlukan coverage insurans medikal? Si Ayah, Si Ibu atau Si Anak? 

Dan bagaimana pula coverage medikal bagi pekerja yang selalu lompat-lompat syarikat? 

Tahukah anda FAKTA yang mengatakan coverage insurans hanya untuk orang yang masih sihat? masalah paling utama dalam insurans pukal atau company insurans adalah syarikat perlu memperbaharui insurans berkenaan setiap tahun...dan setiap tahun polisi berkenaan pasti naik harga disebabkan oleh medical inflation & nak cover balik kerugian akibat pembayaran claims..ini adalah kenyataan yang perlu kita faham...Syarikat Insurans & Takaful adalah satu organisasi yang berasaskan keuntungan...kalau rugi mcmne nak sustains? sesuatu perlu dilakukan apabila berlaku kerugian akibat pembayaran claims...ungkapan bila kita ambil insurans, syarikat akan mendoakan kita akan sihat...kita pula ambil insurans sebab bila kita sakit, syarikat akan bayar claims... (^^,)

Cheap things not good...Good things not cheap...yela...apa yang anda harapkan dengan insurans company anda? dengan rata-rata limit RM30,000 setahun...ramai dah terperangkap dengan ungkapan "saya dah ada insurans company..." dan akhirnya menyesal...terpaksa bergolok gadai semata-mata coverage insurance yang tidak mencukupi...masuk ke Hospital Swasta dengan bangganya sebab ada insurans company namun bila keluar terpaksa berhutang sebab kos rawatan yang terlampau mahal...

Pekerja swasta yang tidak pernah ambil tahu tentang insurans kompeni nya

Satu hakikat yang perlu kita akui adalah  setiap yang muda pasti akan merasakan hari tuanya...pada pendapat anda, adakah Syarikat yang berasaskan keuntungan akan menggaji kita lagi pada umur 58tahun untuk kerja-kerja orang muda? bagaimana pula dengan EPF contribution? dan juga coverage medikal kad syarikat? agaknya berapa setahun...hihi biasanya kita kalau kita tak dilantik sebagai director syarikat secara kontrak pada ketika itu, pasti kita akan dibersarakan...bersara wajib... (^^,) 


Selama bekerja, kita dilindungi oleh insurans syarikat...masuk hospital first class...coverage kononnya unlimited selagi bekerja dan boleh duduk bilik Suite...namun segalanya adalah Employee Benefits Scheme...selagi bekerja...bila dah bersara...rasanya adakah kita pasti memerlukan benefit insurans kesihatan? pada ketika itu adakah kita masih sihat? zaman sekarang nie even umur 40tahun pun dah ada macam-macam penyakit kritikal...dan soal yang paling penting...kalau masa tu kita baru nak cari insurans kesihatan...rasanya berapa yang kita sanggup bayar sebulan? Saya pernah tengok borang permohonan yang direject oleh Prudential BSN Takaful Berhad, RM2000 sebulan...semata-mata kerana prospect mempunyai komplikasi jantung, buah pinggang rosak dan memerlukan rawatan dialisis seumur hidup...kalau dia mampu membayar RM2000 sebulan pun  Prudential BSN Takaful Berhad  boleh reject, bagaimana pula dengan permohonan kita yang tak berapa nak ada duit nie? Pendek kata...segalanya masih belum terlambat...anda masih boleh membuat pilihan...susah sekarang untuk membuat budgeting dan membuat adjustment dalam perbelanjaan harian untuk mengambil plan takaful persendirian atau tunggu sehingga dah bersara baru nak adjust kewangan anda pada ketika itu...pilihan tetap ditangan anda untuk bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang di kemudian hari... (^^,)


p/s: Pada pendapat anda sendiri, adakah masih wujud kenyataan UNLIMITED company medical card? ataupun ianya hanyalah satu ayat ajinamoto yang hanya menambah perasa...hihi 


Kad Perubatan PruBSN mempunyai pilihan had umur sehingga 100tahun...YOU CHOOSE YOUR OWN RIDE...ITS NEVER TOO LATE... (^^,)